BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

MINGGU 7

Assalamualaikum everythinggggggggg...

Ok harini kakak dah dapat tugasan untuk minggu 7.. dapat agak awal hari Rabu bersamaan 6/5/2020 iaitu genaplah 13 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa. tugasan kalini kakak kena ceritakan nilai untuk cerita sosial 3.. baiklah semua boleh laa baca apa nilai yang kakak dah jumpa.. selamat membaca yaaa semuaaaaaa.. ok jangan lupa esok bangun soq

Berdasarkan cerita sosial 3, terdapat tiga nilai yang telah berjaya ditemui iaitu nilai bekerjasama, kesabaran dan kasih sayang.




Pada pendapat saya, saya mendapati terdapat nilai bekerjasama dalam cerita tersebut. Setiap hari, Alim dan adik beradiknya yang lain akan bersama-sama mengemas rumah mereka. Mereka tidak hanya membiarkan salah seorang daripada mereka untuk melakukan tugas tersebut malah mereka melakukannya bersama. Selain itu, terdapat nilai kesabaran. Ibu Alim dengan penuh kesabaran memujuk Alim yang sudah berputus asa untuk menyapu sampah. Dengan penuh kesabaran, ibu Alim memanggil Alim untuk menyuruhnya menyiapkan semula kerja. Selain itu, Alim juga sabar ketika melakukan kerja rumah walaupun amat sukar baginya untuk melakukan satu-satu tugasan, terutama sekali menyapu sampah. Akhir sekali, nilai kasih sayang. Nilai ini dapat dilihat jelas terpancar dalam keluarga Alim kerana mereka amat menyanyangi antara satu sama lain. Malah kak Madinah, abang Imran, adik Aisyah, ibu dan juga bapa telah mengakui bahawa mereka amat sayang dan rindu akan Alim. Begitu juga Alim yang sayang dan rindu akan ahli keluarganya yang lain.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019).Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan
      Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

Comments