BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Minggu 4


Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)


Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian /Peninggalan mesej
2. Pengekalan topik
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan
3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan, atau membuat tekaan/Appeal for help Stalling
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation device)

Rajah 7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)


Kepentingan penggunaan strategi komunikasi. 

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), kepentingan penggunaan teori komunikasi Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) ialah kerana teori ini mengandungi 12 elemen taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian/peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik pula merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak mengetahui sesuatu perkataan. Seterusnya ialah parafrasa dan juga penghampiran. Penggunaan perkataan semula pula merupakan penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat manakala ciptaan perkataan baharu pula merupakan penciptaan perkataan baharu yang tiada dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula ialah proses menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal pula merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Selain itu, pengantarabangsaan bermaksud bahasa lain dari bahasa ibunda yang diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran manakala penukaran kod pula ialah penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Akhir sekali, penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna. 


 




Rujukan

Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan       
Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

Comments