BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

MINGGU 5


BAHAGIAN B


Pengenalan Bab 2

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. 
                                                                                                                  (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
                                                                                  (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)



Huraian Pengenalan Bab 2

Berdasarkan rujukan tersebut, apa yang dapat dihuraikan ialah salah satu perkara penting yang membantu untuk memperbaiki penulisan seseorang ialah melalui penulisan secara individu. Semasa menulis secara individu, seseorang itu mampu mengeluarkan semua yang tersirat di dalam fikirannya dan menjadikannya sebuah cerita yang menarik. Tetapi terdapat satu halangan bagi kaedah ini. Halangan tersebut ialah seseorang yang menulis karya tersebut mempunyai perasaan kurang berkeyakinan semasa menulis. Mereka berasa kurang yakin terhadap karya mereka sendiri kerana beranggapan bahawa karya orang lain adalah lebih baik berbanding karya mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap negatif terhadap orang lain yang membaca penulisan mereka. Kedua-dua halangan ini telah menjadikan mereka semakin keberatan untuk menulis. Huraian bagi rujukan yang kedua pula ialah mengenai sikap pelajar yang lebih gemar untuk melibatkan diri secara terus dalam satu-satu aktiviti. Mereka berpendapat bahawa penglibatan secara terus ini dapat mebantu mereka untuk lebih fokus terutama sekali terhadap proses pembelajaran bahasa. Penglibatan pelajar secara terus dalam sesuatu aktiviti amat penting untuk mengelakkan berlakunya salah faham dalam seseuatu pelajaran dan mengelakkan daripada wujudnya situasi yang membosankan semasa proses pembelajaran. Jasi semasa proses pembelajaran ini berlangsung, para pelajar ini boleh bertanyakan soalan secara terus terhadap sesuatu yang tidak jelas ini akan mewujudkan komunikasi dua hala.







Rujukan

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim.(2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT

Comments