BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 4

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 4

MINGGU 8

CERITA SOSIAL 4



Berdasarkan cerita sosial 4, terdapat tiga nilai yang dapat diperoleh daripanya. Antara nilai tersebut ialah nilai pemurah, hormat menghormati dan berdikari.

Saya mendapati nilai pemurah di dalam cerita ini ialah apabila Alim menunjukkan sifat baik hati ingin berkongsi makanan iaitu ingin berkongsi kek cawan dengan rakan-rakan kelasnya bersemperna dengan sambutan ulang tahunnya. Nilai kedua yang saya dapati dalam cerita tersebut ialah Alim yang menunjukkan sikap hormat menghormati. Alim menghormati ibunya dengan bersalaman terlebih dahulu sebelum pergi ke sekolah. Tidak dilupakan Alim juga bersalaman dengan bapa dan juga adik beradiknya yang lain sebagai tanda menghormati mereka. Nilai yang ketika yang didapati terdapat dalam cerita tersebut ialah berdikari. Alim menunjukkan sikapnya yang mampu berdikari dengan membayar sendiri barangan yang dibelinya dari pasar. Walaupun Alim tidak seperti kanak-kanak biasa, namun Alim juga mampu berdikari seperti kanak-kanak biasa. Oleh itu, kita hendaklah mencontohi sikap Alim.


Rujukan

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi
      Terengganu: Penerbit UMT. 

Comments