BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).

MINGGU 7

Assalamualaikum semuaaaaaa..

Ok sekarang kakak is nak cerita pasal kepentingan asas grafik.. sebelum ni kakak dah pernah cerita dah dekat ig kakak tapi takpa harini kakak nak cerita dekat blog kakak pulak.. kakak tak mau banyak cakap boleh tengok dekat bawah ada gambar rajah untuk kepentingan asas grafik yang kakak buat dalam peta minda.. jangan confius gambar tu kakak pilih sebab masa tu tengah hujan jadi kakak nak sampaikan supaya sediakanlah payung sebelum hujan..



Untuk pengetahuan semua, asas grafik ini sangat penting dalam sesuatu grafik yang diambil. Oleh itu, terdapat lima kepentingan asas grafik yang akan dihuraikan supaya pembaca jelas tentang keperluan asas grafik ini. Asas grafik yang pertama ialah, menarik. Maksud menarik ini ialah sesuatu grafik yang dihasilkan mestilah menarik supaya dapat menarik minat semua peringat umur yang melihatnya. Selain itu, ia juga dapat membantu penonton untuk memahami maksud yang ingin disampaikan dan dapat mengelakkan daripada perasaan keliru penonton. Asas grafik yang kedua ialah mudah difahami. Masyarakat amat mementingkan sesuatu yang mudah untuk mereka fahami supaya tidak timbul sebarang perasaan keraguan atau salah faham terhadap sesuatu grafik yang mereka tonton. Oleh itu grafik yang baik ialah grafik yang mudah untuk difahami dengan sekali pandang sahaja. Ketiga ialah mesej. Sesuatu asas grafik mengandungi sebuah mesej yang ingin disampaikan. Oleh itu, jika sesuatu grafik itu mengandungi kesemua elemen-elemen tersebut, maka mesej yang ingin disampaikan itu menjadi mudah dan paling penting dapat meninggalkan kesan kepada penonton. Selain itu, ketara (predictability). Ketara merupakan asas grafik yang sangat penting kerana ketara ini membantu masyarakat penonton supaya tidak keliru dengan perkara yang mereka tonton dan membantu mereka memahami mesej yang disampaikan dengan jelas. Akhir sekali, promosi. Asas grafik yang baik dapat membantu dalam mempromosikan sesuatu benda atau perkara dengan mudah. Keberhasilan sesuatu promosi itu bergantung kepada asas grafik yang diterapkan kepadanya. 

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM

Comments