BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

MINGGU 6

Assalamualaikum everythinggggggg..

Sekarang pukul 1:20 pagi ye geng tarikh pun dah bertukar jadi 1/5/2020.. rasa macam seharian pulak kakak buat kerja harini..ok2 dah tak nak bebel panjang kalini nak cerita pasal cerita sosial 2. nak cerita pasal nilai yang kakak dapat.. ok bawah ni boleh tengok contoh nilai yang kakak berjaya jumpa.. bawah gambar tu ada huraian boleh laa baca yaa geng sekalian.. selamat membaca....

Antara nilai yang berjaya diperolehi berdasarkan cerita sosial 2 ialah nilai pemurah, tolong-menolong dan prihatin.

Pada pendapat saya, saya telah dapati terdapat tiga nilai dalam cerita tersebut. Nilai yang pertama ialah pemurah. Alim mempunyao sifat yang pemurah iaitu dia ingin berkongsi buah yang di makan bersama keluarganya. Dia meminta izin ibunya untuk memberikan sedikit buah kepada rakannya, Sulaiman. Nilai yang kedua ialah tolong menolong. Alim membantu abang, kakak dan adiknya mengemas semua rumah setelah mereka selesai makan. Alim telah menolong dengan membuang kulit buah ke dalam tong sampah. Nilai yang ketiga ialah prihatin. Sikap prihatin Alim dapat dilihat dengan dia menegur ibu Sulaiman, Mak Cik Timah yang kelihatan sedih. Walaupun Alim tidak seperti kanak-kanak biasa, tetapi Alim mempunyai sikap prihatin yang tinggi. Dari air muka orang sahaja Alim mampu untuk mengenal pasti keadaan yang dihadapi seeorang. Oleh itu terdapat banyak nilai yang dapat diperoleh daripada cerita sosial 2 ini.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan       
Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

Comments