BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)


BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)

Minggu 4

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)

Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati
daripada topik/tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan,
isi, penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks

Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)


Huraian Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Teori Analisi Wacana Kritis oleh vanDijk (1977) ini dapat dibahagikan kepada tiga elemen iaitu struktur makro, superstruktur dan struktur mikro. Struktur makro berperanan untuk menganalisis makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik mahupun tema daripada sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka sesuatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan juga kesimpulan. Akhir sekali, struktur mikro. Struktur mikro ini menekankan makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai olh sesuatu teks.



Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan       
Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT



Comments