BBM3410Satu2020: Penulisan Blog
Minggu 1
Penulisan Blog (Akademik)
10 cara penulisan blog yang baik.
Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik:
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan
Bincangkan cara penulisan tersebut dalam 200 patah perkataan .
Berdasarkan 10 cara menulis blog tersebut dapatlah
dikatakan bahawa bagi menulis blog yang baik, penulis tersebut hendaklah
meletakkan tajuk yang menarik. Hal ini kerana tajuk yang menarik dapat menaeik
hati pembaca untuk terus membaca blog tersebut. Selain tajuk, cerita yang
menarik juga mampu untuk menarik hati pembaca. Untuk mendapatkan cerita yang
menarik, penulis hendaklah memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka
untuk membuatkanya lebih menarik. Disamping itu, penulis juga hendaklah
memastikan bahawa terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Bagi
mendapatkan hujah, penulis boleh mengaitkan penulisan dengan berita terkini. Blog
yang baik merupakan blog yang memudahkan pembacanya. Oleh itu, penulis
hendaklah menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas bagi memudahkan
serta menarik minat pembaca dari pelbagai latar yang berbeza. Hal ini dikatakan
demikian kerana, struktur ayat yang ringkas dapat dibaca dengan mudah sekaligus
difahami oleh pembaca. Penulis juga dapat berkomunikasi dengan pembaca melalui
blog yang baik. Bagi penulisan blog yang baik, penulis hendaklah memasukkan
moral dan nilai estetika dalam setiap penulisan anda supaya dapat dijadikan
sebagai contoh dan ikutan kepada pembaca di luar sana. Blog yang baik dapat
dijadikan sebagai contoh dalam medium pendidikan sejagat. Kerana blog yang mengandungi
kandungan yang baik dapat diklasifikasikan sebagai blog berilmu untuk penulisan
pendidikan.
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
Malaysia Terengganu.
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writting: Embracing the Technology.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Comments
Post a Comment