BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG.
Rumusan Keputusan dan Perbincangan Bab 6.
Rumusan Keputusan dan Perbincangan Bab 6.
Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), secara
ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa penggunaan blog dalam pelajaran dapat
dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu pengajian kesusateraan,
pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Tetapi penggunaan blog yang lebih dirincikan
adalah dalam bidang pengajian kesusasteraan. Berdasarkan Graf 6.1 dapat
rumuskan bahawa terdapat empat genre utama dalam pengajian kesusasteraan yang
dipilih sendiri oleh responden iaitu puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Sebelum
itu, reponden bagi kajian ini terdiri daripada responden lelaki dan wanita.
Bagi puisi, terdapat 66.7% bersamaan dengan 20 orang responden lelaki
dan 80% bersamaan 24 orang responden wanita yang memilih blog sebagai medium
terbaik untuk menulis puisi. Hasil perbandingan kedua-dua peratusan ini dapat
disimpulkan bahawa responden wanita lebih suka menulis puisi di dalam blog
berbanding responden lelaki. Kerana penulisan puisi ini dapat merungkaikan
perasaan seseorang semasa menulisnya.
Bagi cerpen, terdapat 86.7% bersamaan 26 responden lelaki dan 96.7%
responden wanita telah bersetuju untuk memilih cerpen sebagai salah satu genre
yang sesuai ditulis di blog. Jumlah kedua- dua responden mencatatkan bilangan
yang melebihi 80% tetapi responden wanita bilangan responden wanita agak tinggi
sedikit berbanding responden lelaki. Rata-rata mereka memberi tahu bahawa mereka
memilih utuk menulis cerpen di blog adalah kerana mereka ingin menambah baik
kemahiran menulis mereka.
Penulisan skrip pula mencatatkan bilangan responden tertinggi berpihak
kepada wanita iaitu sebanyak 93.3% bersamaan 28 responden manakala bilangan
responden lelaki mencatatkan 76.7% iaitu bersamaan 23 orang responden.
Responden menyatakan bahawa menulis skrip dengan menggunakan bahasa sasaran
adalah lebih sesuai untuk penulisan blog. Mereka turun menyatakan bahawa
penulisan skrip menolong mereka berimaginasi.
Akhir sekali, pantun. Pantun mecatatkan bilangan responden sebanyak
66.7% bersamaan 20 responden lelaki adalah lebih rendah berbanding jumlah
responden wanita iaitu 86.7% bersamaan 26 responden. Responden wanita lebih
memilih untuk menulis di blog kerana mereka berpuas hati dengan pantun kerana
mereka lebih mengetahui cara untuk menulis pantun dua rangkap dengan baik
berbanding responden lelaki.
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
Malaysia Terengganu
Comments
Post a Comment