BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

 BBM3410Satu2020: Nota Peta Minda Asas Fotografi

MINGGU 5



BAHAGIAN A

Assalamualaikum gaiss...


Haluu gaiss welcome back to may blog. Ok harini post kita berkaitan asas fotografi. Tapi bukan post biasa2 tau post peta minda asas fotografi. Untuk sapa-sapa yang nak tahu jenis-jenis shot yang ada boleh laa baca nota kakak dekat bawah ni. Bak orang kata simple but nice gitewwww. Semoga nota yang tak seberapa dari kakak ni dapat membantu semua yaa. Selamat mentelaah yaa semua. 




Rujukan


Normaliza Abd Rahim.(2019). Multimedia dalam bahasa. Selangor: Penerbit UPM





BAHAGIAN B

Kepentingan Rule of Thirds


Rule of thirds amat penting untuk mendapatkan sebuah gambar yang menarik. Rule of thirds merupakan teknik yang amat penting yang boleh digunakan untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Oleh itu, kepentingan rule of thirds ialah dapat memberikan keseimbangan kepada imej yang ingin diambil. Pemidang titik atau paparan LCD amat penting kerana ianya digunakan oleh seseorang yang ingin mengambil gambar. Mereka akan merangka paparan melalui melihat kepada pemidang titik atau dalam paparan LCD  tersebut. Kini semua kamera yang canggih mempunyai grid. Grid yang terdapat di dalam sesebuah kamera digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Oleh itu, terdapat empat ‘garis’ yang berguna untuk elemen dalam foto tersebut. Apabila seseorang ingin membingkai foto, bayangan imej tersebut akan dibahagikan iaitu melalui kotak grid. Mereka akan memikirkan unsur-unsur gambar yang paling penting, dan mereka akan cuba meletakkannya dekat dengan garisan dan persimpangan grid. Bagi mendapatkan komposisi yang menarik, seseorang itu berkemugkinan untuk melakukan beberapa pergerakan sehingga mendapat komposisi yang betul bagi objek tersebut. Namun mengikut kepada peraturan yang sekurang-kurannya terdapat dalam fotografi ini, teknik rule of thirds ini tidaklah digunakan di dalam semua jenis situasi, dan ianya kadangkala boleh menghasilkan foto yang lebih menarik.






Rujukan

Normaliza Abd Rahim.(2019). Multimedia dalam bahasa. Selangor: Penerbit UPM

Comments