BBM3410Satu2020: Nota Asas Grafik

BBM3410Satu2020: Nota Asas Grafik

Minggu 4

Nota Asas Grafik

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), asas grafik merupakan perkara asas yang penting dalam penggunaan bahan yang mengandungi grafik. Oleh itu, terdapat lima elemen penting asas grafik iaitu: 

1. Mudah

       Mudah disini bermaksud sesuatu gambaran yang diambil sama ada dalam bentuk foto
       atau video yang mudah untuk difahami tanpa perlukan penjelasan. Mudah juga
       bermaksud gambaran yang dilihat terus sampai mesej yang ingin disampaikan dan tidak
       menimbulkan kekeliruan terhadap sesiapa yang memandangnya. 

Contoh : Sebuah foto pemandangan di tepi pantai yang jelas kelihatan pantai dan juga pasir
               sudah cukup untuk membuatkan sesiapa yang melihatnya mengerti akan mesej
               yang ingin disampaikan.

2. Warna

   Warna yang yang sewajarnya digunakan dalam sesebuah grafik adalah tidak terlalu
      banyak. Kombinasi warna yang menarik mampu untuk menjadikan sesuatu grafik itu
      kelihatan lebih menarik. Bilangan warna yang disyorkan ialah tidak melebihi tiga warna
      bagi setiap grafik.

Contoh : Sebuah foto rumah yang diambil yang melampirkan tiga penggunaan warna iaitu
                 rumah yang berwarna putih diikuti taman-taman yang berwarna hijau dan juga
                 kereta yang berwarna merah. Kombinasi warna yang digunakan dalam gambar ini
                 jelas sekali dapat menarik perhatian.

3. Teks

       Teks merupakan saiz font yang digunakan di dalam sesebuah grafik. Selain saiz font,
       perkara lain yang menjadi keutamaan ialah kandungan yang terdapat di dalam teks.
       Selain grafik, warna font yang digunakan ini juga amat penting dalam penentuan asas
       grafik ini.

Contoh : Iklan jualan murah yang menggunakan saiz font yang lebih besar untuk tanda
                harga supaya dapat menarik minat penonton yang menontonya untuk turut serta
                dalam jualan itu. Dapat dilihat bahawa saiz font ini memainkan peranan yang
                penting untuk menarik minat.

4. Kesesuaian

        Kesesuaian yang paling dititikberatkan dalam grafik ialah kesesuain dari aspek latar
        tempat, latar masa dan juga latar watak. Ketiga-tiga larat ini haruslah mempunyai
        kesesuaian antara satu sama lain.

Contoh : Gambaran suasana di bandar raya yang sesak dibanjiri dengan kereta-kereta dan
                 berlatarbelakangkan waktu petang menandakan waktu kemuncak iaitu waktu
                 pulang dari tempat kerja. 

5. Keseimbangan

        Keseimbangan bermaksud grafik yang diambil itu seimbang dari aspek ruang kiri dan
        kanan dan juga ruang di bahagian atas dan bawah. 

Contoh : Sebuah foto yang menunjukkan gambaran yang diambil dari tengah-tengah jalan
                 raya di mana di sebelah kiri dan kanannya mempunyai bangunan-bangunan yang
                 tinggi yang sama besar bentuknya.




Rujukan 


Normaliza Abd Rahim.(2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM

Comments