BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi
Minggu 5
Cerita sosial 2: Saya yang istimewa
Minggu 5
BAHAGIAN A
Nur Syawalni Atikah Binti Ahmad Rahmattullah
197358
Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)
Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalalm erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengamcam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.
STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini…
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
|
Kesopanan Positif
Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.
|
Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
|
Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.
|
Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)
Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan
Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan
Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT
BAHAGIAN B
Pada hari Ahad
yang lalu, bapa Alim membawa pulang buah-buahan seperti rambutan, durian,
manggis dan banyak lagi dari pasar tani. Abang Imran bertanyakan kepada ayahnya
dimanakah membeli buah tersebut. Ayah menjawab di pasar tani dan memintanya
untuk memanggil yang lain untuk makan sekali. Adik Madinah melompat keriangan
setelah melihat buah-buahan tersebut lalu berlari mendapatkan buah manggis. Ibu
terlebih dahulu menyediakan bakul sampah untuk diletakkan sampah dan melarang
mereka untuk membuang sampah merata tempat. Mereka mengangguk kepala tanda
faham. Alim meminta izin untuk memberikan sedikit buah kepada Sulaiman kerana
mengingati akan pesanan ibu bapanya mengenai berkongsi barangan yang disukai.
Ibu memuji tindakan Alim lalu menghulurkan buah-buah yang telah dimasukkan ke
dalam beg plastik merah kepadanya. Sulaiman menerima beg plastik yang berisi
buah itu lalu mengucapkan terima kasih. Setelah selesai makan, Alim membantu
adik-beradiknya yang lain mengemas sisa makanan. Alim terserempak
ibu Sulaiman, Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Dia
mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim bertanya mengapa dia kelihatan
sedih, lalu dia menjawab bahawa dia tidak sedih, sebaliknya gembira kerana Alim
berkawan baik dengan Sulaiman. Alim memberitahu bahawa dia suka berkawan dengan
Sulaiman sebelum dia masuk ke rumah. Mak Cik Timah memandangnya lalu mendoakan
kesihatan dan kesejahteraan keluarga Alim.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan
Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan
Aplikasi. Terengganu:
Penerbit UMT
Comments
Post a Comment