BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA
MINGGU 3
MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK
MINGGU 3
MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK
KELUARGA
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
CERITA
Aku merasa gembira kerana dapat membantu keluargaku setiap hari. Setiap hari,
tidak kira siang atau malam aku akan membantu kedua-dua ibu bapaku. Walaupun aku
sibuk dengan urusanku yang lain, tetapi aku tidak melupakan tanggungjawabku
sebagai anak untuk membantu meringankan beban orang tuaku. Aku akan membantu
ibuku dengan memasak makanan untuk keluargaku menjamu selera setiap hari.
Selain itu aku juga membantu bapaku untuk membasuh sangkar kucing. Aku menyanyagi
kedua-dua ibu bapaku. Aku akan sentiasa berhati-hati untuk menjaga setiap
langkahku tiap kali berada di luar rumah. Kerana aku amat menyanyangi
keluargaku. Apabila aku berada jauh dari pemantauan orang tuaku, aku akan
pastikan aku tidak melakukan perkara yang mampu mengundang malu terhadap
keluargaku. Aku akan menjaga adab dan tingkah lakuku supaya sentiasa dipandang
baik oleh semua pihak. Kerana jika aku melakukan sesuatu yang boleh memalukan
mereka, sama sahaja seperti aku telah menconteng arang ke muka mereka. aku menyanyangi
kedua-dua orang tuaku. Tidak sampai disitu kasih sayangku, aku turut
menyanyangi saudaraku yang lain iaitu adik-adikku. Hal ini kerana merekalah
yang sentaisa bersamaku tatkala diriku senang ataupun susah. Mereka juga
sentiasa menemaniku tatkala aku perlukan seseorang untuk bersamaku. Mereka akan
sentiasa bersamaku tatkala aku memerlukan mereka. Mereka tidak jemu untuk
membantuku walaupun hampir setiap hari.
LUKISAN GRAFIK
Comments
Post a Comment