BBM3410Satu2020: KELUARGA SAYA

BBM3410Satu2020: KELUARGA SAYA

MINGGU 2

KELUARGA SAYA


Saya mempunyai lima orang ahli keluarga yang terdiri daripada ibu, ayah, dan dua orang adik. Ayah saya bernama Ahmad Rahmattullah bin Osman. Saya merupakan anak yang paling rapat dengan ayah saya. Jika dilihat di dalam gambar, saya berdiri disebelah ayah saya. Di sebelah saya itu ialah adik perempuan saya yang bernama Nurul Ayu Aisyah. Kini berusia 16 tahun. Hanya kami berdua anak perempuan dalam keluarga ini. Di hujung sekali ialah adik lelaki saya yang bernama Muhammad Aidiel Hakimi yang kini berusia 19 tahun. Ibu saya pula yang duduk di hadapan itu bernama Aniza binti Abdul Hadin. Ibu saya bekerja sebagai tukang jahit, jadi kami sekeluarga sering menghabiskan masa bersama dengan membantu perniagaan ibu sama ada membantunya menjahit atau membantunya di kedai. Selain itu, kami juga akan sentiasa menyokong sekiranya ada dikalangan kami yang menyertai sesuatu pertandingan. Dapat dilihat bahawa keluarga saya baru sahaja selesai menyokong Aidiel dalam pertandingan taekwando. Dia berjaya mendapat kedua dalam pertandingan tersebut. Gambar kedua pula merupakan keluarga besar saya iaitu keluarga Tok Limah. Nenek saya yang berada di tengah bernama Halimah binti Saad. Beliau mempunyai lima orang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang kesemuanya sudah berkeluarga dan juga mempunyai 19 orang cucu dan seorang cicit.

Keluarga Saya

Keluarga Besar Saya









Comments