BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM
MINGGU 2
Sinopsis Cerita Sosial 2
MINGGU 2
Sinopsis Cerita Sosial 2
Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim membawa pulang buah-buahan seperti
rambutan, durian, manggis dan banyak lagi dari pasar tani. Abang Imran
bertanyakan kepada ayahnya dimanakah membeli buah tersebut. Ayah menjawab di
pasar tani dan memintanya untuk memanggil yang lain untuk makan sekali. Adik Madinah
melompat keriangan setelah melihat buah-buahan tersebut. Ibu terlebih dahulu
menyediakan bakul sampah untuk diletakkan sampah dan melarang mereka untuk
membuang sampah merata tempat. Alim meminta izin untuk memberikan sedikit buah
kepada Sulaiman. Ibu memuji tindakan Alim lalu menghulurkan buah-buah yang
telah dimasukkan ke dalam beg plastik merah kepadanya. Sulaiman menerima beg
plastik yang berisi buah itu lalu mengucapkan terima kasih. Setelah selesai
makan, Alim membantu adik-beradiknya yang lain mengemas sisa makanan. Alim terserempak ibu Sulaiman, Mak Cik Timah.
Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim bertanya mengapa dia kelihatan
sedih, lalu dia menjawab bahawa dia tidak sedih, sebaliknya gembira kerana Alim
berkawan baik dengan Sulaiman.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikas: Teori dan Aplikasi.
Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu
Comments
Post a Comment