BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1
Minggu 1
Sinopsis cerita sosial 1
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Minggu 1
Sinopsis cerita sosial 1
Alim
dan keluarganya pulang ke kampung nenek dan datuknya di Kajang. Alim tidak
sabar untuk pulang ke kampunnya untuk bermain bersama itik dan ayam. Setelah tiba
di kampung, Alim terus mencari ternakan nenek dan datuknya. Alim sedih lalu
menangis kerana tidak dapat menjumpai ternakan tersebut. Nenek Alim mendapatkan
Alim yang menangis di tepi reban lalu bertanyakan mengapa Alim menangis
sendirian di situ. Alim menangis kerana dia sangkakan bahawa itik dan ayam
sudah tiada dan menyangkakan bahawa ternakan tersebut telah mati. Setelah
mendengar penjelasan Alim, nenek menunjukkan kepadanya itik dan ayam yang
berada di sebuah reban yang baru dibina oleh datuknya. Jarak reban itu adalah
50meter jauhnya dari reban lama. Alim bertanyakan kepada nenek kerana keliru
mengapa ayam dan itik itu tinggal di sana. Alim tersenyum melihat itik dan ayam
itu dan tidak mengendahkan nenek dan datuk yang di sampingnya. Setelah puas
melihat ayam dan itik, Alim pun masuk ke dalam rumah datuk dan nenek. Alim
keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berubah. Alim sedih lalu
menangis kerana menyangkakan bahawa rumah nenek sudah tiada. Nenek mendapatkan
Alim lalu membawa Alim mengelilingi kawasan dalam rumah sambil menceritakan
tentang almari, katil, kerusi kepada Alim. Alim berhenti menangis lalu menonton
bersama keluarganya.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Comments
Post a Comment