BBN3402Satu2019: MINGGU 7 (surat)

BBN3402Satu2019: MINGGU 7 (surat)

BBN3402

MINGGU 7

Surat


                                                                Universiti Putra Malaysia,
                                                                43400 Seri Kembangan,
                                                                Selangor.

                                                                23 Oktober 2019

Menemui adikku Sofea yang dikasihi, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Adikku Sofea,

          Apa khabar adik Sofea di kampung? Kakak berharap agar adik sihat sentiasa. Pastinya adik sudah tidak sabar menunggu surat dari kakak. Hari ini, kakak akan bercerita tentang seekor mentadak yang kuat mengharungi rintangan demi mencapai kejayaan.



Itulah mentadak. Pasti Sofea ingat lagi mentadak yang terdapat dalam kartun Upin dan Ipin bukan. Mentadak sering diperlekeh kerana sifatnya.

          


Salamander selalu mengejek mentadak kerana mempunyai bentuk badan yang kecil manakala siput babi pula mengejek mentadak yang berwarna seakan-akan rumput.
Mereka berkata mentadak tidak boleh berjaya kerana mempunyai bentuk badan yang kecil. Semakin hari mentadak hilang keyakinan dirinya.

Pada suatu hari kerengga datang menghampiri mentadak dan bertanya “Mengapa awak kelihatan sedih dan tidak bersemangat?”. Mentadak menjawab “Aku ini sudahlah kecil berwarna seakan-akan rumput, dengan tubuhku yang kecil ini aku tidak boleh berjaya seperti haiwan yang lain”. Kerengga ketawa mendengar keluhan mentadak lalu menjawab “Aku juga kecil tetapi aku masih boleh berjaya seperti haiwan besar yang lain. Kita haruslah mempercayai bahawa kejayaan kita ditentukan oleh tuhan bukan oleh haiwan yang lain. “Our SUCCESS and FAILURE is in the hands of God NOT people… TRUST GOD!”.
Sejak hari itu, mentadak sudah bersemangat untuk meneruskan kejayaan yang diimpikannya selama ini.  
 Adik harus sedar bahawa walaupun adik bertubuh kecil tetapi adik boleh bersaing dengan rakan-rakan adik di sekolah. Adik tidak boleh berputus asa walaupun adik sering diperlekehkan di sekolah kerana berbadan kecil. Adik hendaklah segera berubah ke arah yang lebih baik. “We are only given TODAY and never promised TOMORROW So… Do it TODAY Do not wait for TOMORROW”.
Sampai disini sahaja cerita kakak kali ini. Kakak perlu pergi ke kelas. Jangan lupa untuk makan ubat adik. Sayang adik kakak.

Kakak yang sentiasa jelita,
                                                                        
                                                       

                                 

Nama : Nur Syawalni Atikah Binti Ahmad Rhmattullah
No Matrik : 197358










Comments